Loading...

Wednesday, August 13, 2014

Kembara turki day 4

Alhamdulillah...masuk hari ke 4 kami di bumi Allah ini yang dikenali sebagai Ottoman.
Pagi2 bangun bersiap2 untuk breakfast & checkout.
What?? Checkout lagi??
Haa...kami bukan bermusafir dari Malaysia-Turki aje tau.
Dalam Turki pun bermusafir.
Memang Turki ni sangat besar.
10 hari 7 malam memang tak puas rasa...hihi.
Ok sambung balik.....kami breakfast ala Turkish ( Roti, telur, sayuran, cereal, susu, olive & macam2 lagi)
Kemudian kami berangkat pagi2 ke KONYA.
KONYA ni pun salah satu negeri yang ada dalam Turki ni.
Apa yang ada kat KONYA ni...meh nak citer
Kat sini ada satu muzium...namanya Mevlana Museum dalam Turkish Mevlana Muzesi.
Mevlana Museum ni dulunya tempat ahli-ahli sufi menerima ilmu atau belajar gitu la.
Dalam 4 jam jugak sampai ke sini.







Kat Mevlana Muzium ni kami sekeluarga sempat try pakaian tradisi Turki dan bergambar skali..hihi





Akibat dari dok pilih2 gambar ni kami jadi paling lambat...adoii.
Ni bayar tau bukan free..huhu... semua pic (dalam 20++  pic masuk CD dan Print 1 keping) 50 Lira.
Jadi dalam RM100 kita...sebab nak yg softcopy tu sangat sanggup je la.
Sebab nak buat Photobook...kiki.
Setelah habis melawat di muzium ni kami bergerak ke Cappadocia.
Satu negeri yang unik rumah dalam baru ala2 Flintstone tu.
Tapi sebelum tu kami singgah di Caravanserrai....salah satu tempat dulu2 ala2 hotel untuk pengembara.
Tak ada kemudahan katil semua sebab boleh bawak masuk kenderaan pada zaman tu.
3 hari 2 malam dapat FREE je tau tido free...hihi
Tapi bangunan dia sejukkkk....best sangat
Dah selesai pusing2 kami solat dulu Zohor.






Selesai menunaikan yang wajib kami bertolak semula ke Cappadocia.
Lama jugak nak sampai Cappadocia ni sebab kami ada menyinggah lagi kat tepi jalan tengok umah batu.
Campur rest jap...dari KONYA tadi dalam 4 jam jugak baru sampai hotel
Elok2 makan malam....jadi kami sampai hotel Avrasya ni...check in - simpan bagasi - makan - rest.
Kenapa rest awal?? Sebab aktiviti esok awal pagi.
Kul 4 pagi dah kena ada kat lobi.
Apakah aktiviti iteww??
Tggu next post ya....
hihihi
Kat bawah ni la hotel yang kami menginap...kat sini 2 malam.


 *makan malam kami

Jumpa di next post....=)

2 comments:

  1. tumpang seronok baca kembara Turki ni, nostalgia betul, best kan berkembara di Turki, tempat cantik, bersejarah, makanan pun sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul ummiross tumpang happy juga baca blog ummiross sbb wpun negara yg sama tp ada yg marsha lum sampai. Teruja nk kembali ke sana.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...