Sunday, January 31, 2016

Sentapppp


Baru sebulan guna
Ooohohoiiiii
Sentap hati ibu
Ganas betul anakanda
Terpaksalah ibu jahit sebelum sekolah isnin

#terobekjumaat


Alhamdulillah selamat jahit dan selamat esok dibawa ke sekolah....hihi



Marsha
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016

Tuesday, January 26, 2016

Membesar Bagai Johan!!!

Ingat tak kisah pokok Applemint saya kat SINI?
Ia dah membesar bagai johan.
Nah tgk....


Daunnya pun lebih besar dari sebelum ni.
Ni tgk


Besar kan?
Ni kutip sbb nak buat air minuman.
:)



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Saturday, January 23, 2016

Filing buat Anak Dara

Assalamualaikum....maaf lama menyepi.
Kekangan kerja lately.
Pastu ditambah dengan kurang sihat sikit tu yang bertangguh-tangguh update blog...hihi
Maaf ampun dipinta ya...:)

Malam ni nak share sikit sumthing yang telah buat anak kesayangan.
Memandangkan balik je sekolah buku bertaburan dalam beg.
Ada yang berlipat dan ada yg pembalut dah mula nazak...huhu
Memula tu tgk kat fb style tagging ikut warna.
Dah lama encik suami suh buat dah siap beli sticker dah.
Namun, si isteri belum berkesempatan...hihihi

Jadi last wiken baru berpeluang nak realisasikan impian...hihi
Tapi bukan style tagging but filing.
Pun idea ni dapat kat fb dari seorang ibu juga.
Akhirnya siap....taraaaa


Lagi kemas kan?
Anak pun takde lah rasa susah.
Satu subjek keluarkan satu file.
Buat ibu-ibu boleh lah cuba cara saya ni.

Pssstttt.....
Dah 2 hari anak saya kemas buku sendiri tau.
Terkejut saya....mungkin sbb senang dia nak kemas.
Alhamdulillah...:)

Sharing is caring :)

Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Saturday, January 9, 2016

Bell Palsy....pulih dengan Shaklee


Assalamualaikum....arini nak share satu testimonial.
Meh baca...



BELL PALSY

alhamdullilah

2 oct 2015

Saya bangun sebelah muka da jatuh

Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je

Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya di steroid

Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..

Consume SPECIAL DOSE vivix
Dan consume
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E
dgn extreme

Saya juga menjalani fisioterapi

Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Share la
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2...

#copypaste



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Friday, January 8, 2016

Patah Tumbuh Hilang Berganti

#Terobek

Segala dah di prepare...buat satu sistem pengairan untuk pokok Applemint kesayangan.
Tiada dirumah selama seminggu.
Bila balik mau nangis.....1 pasu kering terus.
2 pasu lagi melecur 90% lebih kurang.
Redha dan pasu yang kering tu sy buang dan pangkas lagi 2 pasu.
Bayangkan dari mcm ni



Jadi macam ni


Ni salah satu pasu yang dapat diselamatkan.
Sedih kan?
Selepas seminggu ingat ke makin teruk tapi sebenarnya ada yg berlaku.


Nampak tak ada pucuk hijau kecik tu?
Allhuakhbar ia kembali....syukur....
Dan hari ni ia makin besar sikit.
Nt sy snap ye...:)

Wednesday, January 6, 2016

Happy Birthday Bonda!!

Assalamualaikum.....
Semua kwn-kwn sihat?
Dah hari ke 6 dalam tahun 2016.
Juga hari ni adalah Hari Ulangtahun Ibu tersayang yang ke 54.
Beza tahun antara kami hanya 20 tahun.
Ye ibundaku dulu kawen umur 19 tahun...hihi


Bonda bersama adik adik lelaki ku.

Selamat Ulangtahun Bonda yang ke 54.
We love u!!
Moga Ma sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan serta sihat sokmo.



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Tuesday, January 5, 2016

Kueteow Kung Fu Sri Klebang

Alkisahnya.....makan malam ni spesel sikit.
Baru nak belajar buat Kue Teow Kung Fu.
Memang kami sekeluarga suka makan tapi ibu tak reti buat.
One day terjumpa resepi yang sangat senang kat FB jadi terus save.
Alhamdulillah resepinya tak renyah...resepi campak campak je...hihi

Resepinya senang je:

Kue Teow

1. Kue teow mentah-1 paket (dicelur sekejap dengan air panas)
2. 2 biji telur ayam
3. Sedikit minyak (untuk menggoreng)
4. Sedikit lada sulah

Cara-cara:

1. Gaulkan kue teow dengan telur dan lada sulah.
2. Goreng hingga agak garing dan asingkan.

Ni la rupanya.....



Kuah:

1. Brokoli (dah ada dalam peti)
2. 3 ulas bawang putih - diketuk
3. Sebiji carrot di potong kecil
4. Sedikit minyak
5. Sedikit tepung jagung
6. Isi ayam
7. Air secukupnya
8. 1 kiub ayam
9. Sedikit garam
10. Sedikit lada sulah
11. 4 biji cili padi

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan isi ayam dan masak hingga ayam masak.
3. Masukkan sedikit air dan tunggu sampai mendidih dan isi ayam empuk.
4. Masukkan sayur brokoli, carrot dan cili padi.
5. Masukkan kiub ayam dan sedikit garam.
6. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Kacau rata supaya tidak berketul,
7. Siap untuk dihidang.

Taraaaa.....ni lah hasilnya.
Jemput makan :)




2016 Berwajah Baru

XAssalamualaikum....
Apa yang berwajah baru?
Perasan tak???
Kalau yang selalu singgah memang perasan kan?
Sebenarnya 2016 ni ubah wajah blog sket.
Tukar warna dari PINK ke HIJAU.
Tukar header.
Tambah sana sini sikit.
Baru nampak tak boring kan...hihi


Seronok pula tgk...teruja nak blogging.
Moga tahun 2016 ni lebih cemerlang....Aamin.
Blog ni kwn yang 'make up' tau.
Terhutang budi sgt sbb buat puas hati....seronokk!!




Marsha 
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016

Saturday, January 2, 2016

Boat Noodle Review

Akhirnya...hari ni 2.1.2016 dapat juga mulut ni merasa makanan sedap dari restoren Boat Noodle.
Sebelum ni hanya ada kat KL je.
Dah lama teringin tau.
Bila dengar ura ura nak buka kat AEON Klebang dekat dengan umah memang rasa bersyukur sgt.
Kata nya buka December.
Awal December lum buka lagi.
Akhirnya penghujung December dorang buka.
Dan hari ni dapat merasa.


Mula mula sampai full...kena que.
Alhamdulillah tggu dalam 5 minit je. Rezeki.



Yeay dah dapat seat jom ngoder....ni dia menu


Pilih punya pilih dan disuggest oleh pelayan kedai kami amik thai noodle rice.
Amik dua-dua perisa dan juga ayam dan daging.
Beza Pathumthani (Pedas) dan Ayuthaya (Masam)
Jadi untuk permulaan kami try 10 mangkuk Thai Rice Noodle.
Air kami amik Green Tea Ice dan Drink of the day arini (longan)

Order tulis sendiri ye...stail kopitiam...:)


Alhamdulillah dah sampai.....
Kenyang dibuatnya....memang sedappp :)
Nt boleh datang lagi...^_^

Friday, January 1, 2016

Happy New Year 2016

Alhamdulillah....2015 telah meninggalkan kita dengan penuh kenangan.
Kenangan manis, pahit, masam, masin semua ada.
Banyak suka dan duka tahun 2015 yang menedewasakan diri ini.
Welcome  2016!!

Moga tahun baru ni impian kami sekeluarga termakbul..Aamin.
Moga tahun ni kami dapat tambah ahli keluarga dari bertiga menjadi berempat atau berlima...Aamin.
Kwn kwn doakan ya...^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...