Jualan atau Sales Hebat "Online Revolution" Lazada

Assalamualaikum uolsss
Moga senantiasa sihat ye
Nak tanya ni sepanjang 11.11 sampai hari ni kebanyakkan blogger eh bukan kebanyakan rasanya boleh dikatakan semua blogger update tentang sales 11.11 kan?
Memang ia meniti di blog- blog masing -masing....hihihi
Ini adalah sales besar-besaran yang Lazada buat dan ia adalah kali kelima setelah bermula pada tahun 2012.
Lama dah tu kan dan ia semakin mendapat tempat dihati peminat atau pengguna.
Asal dari jualan sehari menjadi sebulan.
Best kan????
Jom kita tengok serba sedikit tentang sales yang hebat dari Lazada ni...



Mengenai “Online Revolution” Lazada 

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 

Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun. 

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari. 

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara. 


Mengenai Lazada Group 

Lazada Group mengendalikan Lazada,destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th),dan Vietnam (www.lazada.vn). 

Dilancarkanpada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal. 

Ok apa lagi kan nak ditunggu-tunggu sementara sales "online revolution" Lazada masih berjalan.
Kita terjah sementara sales "online revolution" ni sedang mengganas....hihihi

Lupa pulak nak share goodies bag atau nama spesel dia Box Of Joy ntuk blogger yang telah terpilih.
Alhamdulillah Marsha adalah salah sorang blogger yang terpilih tu....hihihi
Jom tgk apa dalam Marsha punya Box Of Joy.
Jom kita unbox....hihihi



Oh ya semua yang ada dalam Box Of Joy ni boleh beli secara online di lazada tau.
Nak senang install je apps Lazada dan automatic uolss akan dapat voucher diskaun untuk pelanggan kali pertama...best kan?? Jom shopping....😊😊

Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us