Loading...

Wednesday, October 26, 2016

Pening Cari Kerja? 10000 jawatan kosong masih ada. Moh lawat Government.my


Assalamualaikum.....
Apa khabar semua? 
Harap sihat sihat sahaja yer
Beberapa minggu ni busy dengan PT3
Sebab tu la tak berapa sempat nak hupdate 'rumah' kesayangan....huhu
Ok tak nak cerita panjang lagi
Sebenarnya nak share benda penting ni
Kawan kawan ramai tak yang belum dapat kerja?
Ni nak share ni.....


Pada tahun 2015, 30,000 orang telah hilang pekerjaan samada dipecat atau kerana syarikat yang mereka kerja sudah gulung tikar.Kadar penggangguran di Malaysia meningkat sebanyak 3.9% saban tahun.
Berapa ramaikah yang menganggur? Rakyat Malaysia ada 30 juta orang, jika 3.9% menganggur, bermaksud jumlah keseluruhan penggangur ialah seramai 1.2 juta orang. Jumlah yang sangat ramai.






Ok lately......kita sedia maklum
Ramai yang masih menganggur kerana banyak faktor yang mempengaruhi.
Banyak  faktor-faktor penyebab meningkatnya kadar pengganguran di negara kita seperti faktor ekonomi, pelabur asing lari, kejatuhan harga minyak dan lain-lain faktor ekonomi. Selain itu faktor terlalu memilih pekerjaan juga menjadi punca utama makin ramai orang menganggur.
Dengan ini saya nak memperkenalkan 1 laman web jawatan kosong iaitu Government.my  yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang  kawan - kawan boleh mohon. Oh semestinya website ini sangat bagus dan telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan yang mereka impikan. Mungkin ramai di luar sana masih menganggur kerana tidak menjumpai pekerjaan, atau tidak mendapat tawaran kerana tidak menjumpai sumber untuk mengisi jawatan kosong yang sesuai.
Government.My juga menyediakan jawatan kosong kerajaan  dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Oh ya, kerja kerajaan adalah satu peluang kerja yang sangat menarik dan menjamin masa depan. Jika anda mencari security dalam pekerjaan, silalah apply dan memohon jawatan kosong kerajaan.

Antara kerja kosong yang popular dan senang untuk dimohon di laman web Government.my adalah jawatan kosong maybank, jawatan kosong kastam, jawatan kosong JPJ dan jawatan kosong KEMAS .
Antara kelebihan jika kawan -kawan apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.



Ok saya nak share 5 soalan beserta jawapan yang wajjb ditanya iaitu soalan tentang diri kita atau personal...

1. Sila perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit latar belakang anda.
Ini biasanya soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga sebaik sahaja anda duduk.
Sebenarnya soalan ini ditanya kerana beberapa tujuan iaitu:
  • Untuk menenangkan anda ( siapa yang tidak berasa gementar semasa di temuduga bukan?)
  • Melihat sikap ramah mesra anda.
  • Mengesan masalah dalam diri anda.
Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first impression) penemuduga terhadap anda amat penting.
Tips : Pastikan jawapan anda pendek dan ringkas (sekitar 2-3 minit sahaja)
Ceritakan secara ringkas (sebaiknya dalam bahasa inggeris):
  • Nama penuh anda.
  • Asal dan tempat menetap sekarang.
  • Ceritakan perihal keluarga (perkerjaan ayah dan ibu,bilangan adik beradik etc).
  • Latar belakang akademik anda ( keputusan peperiksaan sekolah dan universiti).
  • Latar belakang Kepimpinan semasa di sekolah dan di universiti.
  • Ceritakan nilai-nilai murni yang terdapat didalam diri anda.
  • Ceritakan harapan dan keinginan anda untuk menjawat jawatan yang dipohon.
2.Kenapa anda yang harus kami pilih?Apakah kelebihan anda?
Soalan ini kelihatan mudah namun sebenarnya agak sukar untuk menjawabnya.
Tidak percaya?
Cuba anda jawab soalan ini.Seolah-olah seperti masuk ” bakul angkat sendiri” bukan? 🙂
Tips : Kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal dipegang.
Contoh jawapan:
  • Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang sukar.
  • Saya juga memiliki tahap keyakinan yang jitu  serta berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang tugasan dengan baik.
  • Saya mampu berkerja sebagai satu pasukan dan mampu menyokong ahli-ahli pasukan untuk mencapai misi dan visi jabatan/agensi/kementerian.
  • Saya juga seorang yang bijak menggunakan masa dan menguruskan urusan secara teratur.
  • Akhir sekali,saya juga adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan memliki keinginan yang membara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh jabatan /agensi/kementerian ini.
  • Justeru itu saya yakin saya adalah calon yang terbaik untuk memegang jawatan ini.
3.Apakah kelemahan anda yang perlu kami ketahui?
Soalan ini agak “tricky”.
Secra logiknya takkan anda ingin memberitahu kelemahan diri.
Namun jika mengatakan diri anda tiada kelemahan maka anda akan di anggap sebagai seorang yang kurang jujur. (Nobody perfect,is it?)
Tips : Topengkan kekuatan sebagai kelemahan.
Sebagai contoh..
  • Sebagai manusia biasa,saya juga mempunya kelemahan namun ia tidaklah seteruk yang disangkakan.
  • Saya seorang yang tegas,saya inginkan ia sempurna dan menetapi masa. Mungkin akan ada yang tertekan denga sikap saya namun saya yakin ia bermanfaat untuk kemajuan syarikat/jabatan.
  • Saya juga seorang yang cerewet. Maksud saya,saya cerewet dan teliti dengan buti-butir projek.Saya tidak akan terima dan mulakan sesuatu projek melainkan saya tahu secara detail tentang projek tersebut.
Anda juga boleh beritahu kelemahan yang lalu yang telah berjaya anda perbaiki dan atasi.
4.Mengapa anda berminat berkerja dengan kerajaan?
Penemuduga ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang budaya berkerja dalam sektor awam.
Contoh jawapan:
  • Berjaya menempatkan diri didalam sektor kerajaan merupakan satu kebanggaan bagi diri saya kerana secara langsung saya dapat berbakti kepada negara yang say cintai.
  • Bidang pekerjaan di sektor awam juga merupakan minat dan cita-cita saya sejak di universiti lagi ditambah pula kedua orang tua saya merupakan penjawat awam yang sudah berbakti sejak 30 tahun yang lalu.
  • Selain itu,saya ingin membalas jasa kerajaan yang telah memberikan saya bantuan dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi sebelum ini.
  • Dan tidak dapat dinafikan juga berkerja di sektor awam mebeikan saya jaminan masa depan buat saya dan keluarga.
  • Risiko untuk kehilangan kerja amatlah rendah berbading berkerja di sektro swasta ditambah pula dengan krisi ekonomi yang sedang melanda kini.
  • Disamping itu,terdapat banyak faedah-faedah tambah seperti cuti tahuna,cuti bersalinan,KWSP,kemudahan melakukan pinjaman bank dan sebagainya.
 5.Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan terakhir anda?
Sudah pasti terdapat pelbagai sebab (khasnya sebab yang kurang baik) mengapa anda meninggalkan pekerjaan lama.
Namun,cuba seboleh yang mungkin memberikan jawapan yang  positif untuk soalan ini.
Tips : Jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika temuduga!
Terangkan tentang matlamat kerjaya anda (matlamat jangka panjang dan pendek) dan bagaimana pekerjaan yang anda sedang pohon meneyediakan persekitaran yang lebih untuk kemajuan karier anda.
Dan nyatakan juga terdapat banyak sudut positif dari pekerjaan lama anda yang anda boleh aplikasikan dalam jawatan yang anda pohon.
Disini penemuduga cuba untuk menilai komitmen yang anda bakal beri kepada pekerjaan baru dengan menilai sikap anda terhadap majikan lama.
## Jom hapuskan pengangguran. Bantu share artikel ini supaya semua orang yang masih belum ada sebarang pekerjaan boleh mengisi kekosongan jawatan yang disediakan di laman web ini. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar pengangguran di negara kita.


Marsha
SHAKLEE Mama
Part time blogger

2 comments:

  1. zaman sekarang dapat kerja apa terima je dulu.. tak boleh dah nak pilih² kerja kan kak marsha.. untung laa ada website yg mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu husna...kalau memilih rugi.
      Sekarang banyak yg nak pengalaman kerja.
      Mmg rugi kalau memilih.
      Kita boleh belajar benda baru :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...