Loading...

Wednesday, September 14, 2016

Penang 5D Interactive World Menarik & Penuh Mesej

Assalamualaikum.....salam eid adha
Last week kome dah baca review TeddyVille Museum kan?
Belum?
Nah baca kat sini...klik TEDDYVILLE MUSEUM.
Ok....kali ni nak story sket tentang 2nd place yang kami geng BU pergi selepas TeddyVille Museum iaitu Penang 5D Interactive World.

Memang muzium 3D & 4D tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat penang ni. Tapi Penang 5D interactive World ni ada keistimewaannya tersendiri. Cara nak pergi sana??? Kome waze kan aje confirm jumpa...hihihi. Lokasi agak berhampiran dengan pasaraya GAMA. Dalam 300 meter.

Kenapa nak war war kan Penang 5D Interactive Museum ni menarik & penuh mesej? Meh kita story serba sedikit.

Penang 5D Interactive World ni mempunyai 5 Zon yang istimewa. Ada Zon Alam Sekitar, Zon Animasi, Zon Magik, Zon Arca & Zon Tanah Liat.

Zon Alam Sekitar

Zon ini mempamerkan pelbagai mesej kesedaran alam sekitar. Kepupusan flora & fauna akibat dari ketidakbertanggungjawaban manusia.
Utk zon ini banyak arca arca yang dihasilkan utk menzahirkan mesej alam sekitar kepada kita.





Zon Animasi

Dalam zon ini segalanya dicipta berdasarkan komik animasi yang ditampal di setiap dinding zon tersebut. Tapi masih memaparkan mesej kesedaran. Contohnya zaman sekarang banyak kosmetik dan ubat ubat ataupun makanan tambahan yang telah dihasilkan oleh pelbagai syarikat dan memberikan kesan yang cepat secara sementara dan memberikan kesan buruk pada jangkamasa yang panjang. Jadi arca yang dibina mempunyai mesej yang tersendiri.

Zon Magik

Zon magik ni lebih kepada props yang ada untuk lihat hasilnya magik dalam gambar.
Haaa.....nak tau macamana wajib datang dan cuba. Mmg syiokkkkk.....hihihi

Zon Arca

Kat sini ada props yang sesuai untuk kita bina arca kita sendiri dari gabungan besi dan plastik kecil. Boleh bina rupa tangan kita dan muka kita hanya dengan tekap muka atau tangan kita kat props tersebut.
Gambar kat bawah ni hasil gabungan ketiga-tiga zon td. (Zon Animasi, Zon Magik & Zon Arca)


Zon Tanah Liat

Ok dah sampai zon yang terakhir.
Zon ni lebih kepada kita nak menghasilkan atau menzahirkan kreativiti kita di atas tanah liat. Haaa...tengok lah puteri kecil ni menzahirkan kreativiti dia....hihi


Sebenarnya banyak lagi gambar yang tak masukkan dalam ni sebab nak memelihara keterujaan korang plak nak pergi sana.
Kalau dah tgk semua excited tu mungkin dah kurang. Betul x....hihihi

Ok memamg recomended ke sini dan macamana nak ke sini? Ok ni detail....

Alamat:

5D Interactive World
29-F Jalan Dato Keramat
10150, George Town,
Penang.

04-218 9676 @ 010-818 1089

google/waze : 5D Interactive World

Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Website: www.ace5d.my
Email : info@ace5d.my

Opening Hours : 9am - 6pm, Tuesday to Sunday.
(Closed on Monday unless it's a public or school holiday)


Harga Tiket:

Dengan Mykad

Dewasa : RM18
Kanak-kanak dan warga tua (60 tahun dan keatas) : RM13

Tanpa Mykad

Dewasa :RM30
Kanak-kanak: RM20
So....jom terjah!!!
Nantikan entry review yang terakhir ya...:)

Marsha
ShakleeMama
Part Time Blogger
Master Coordinator 2017
013.933.7697

9 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...