Loading...

Sunday, October 4, 2015

Brownies Kedut versi hakakAni

Alhamdulillah......menjadi juga brownies kedut arini.
Resepi sharing dari bestfren #ltj hakakani....hihihi
Outcome dia lembut dan rich in chocolate..nyum nyum.
Sebelum ni buat brownies xreti nak bajet masa dll.
Outcome dia sedap tp mcm terlebih masak.
Kali ni puas hati.....alhamdulillah.
Ni la outcome petang td......hihi


Resepinya?
Meh nak share....
Resepi ni SESUAI UTK ORG YANG MALAS NK BASUH BEKAS BANYAK2. Muahaha
Sebab resepi ni x perlukan kita cairkan coklat + butter dahulu. Semuanya kacau terus periuk ikut step. Hakak suka!

Menjadi dan sedapp

BROWNIES KEDUT CHEWY FUDGY VERSI HAKAK ANI

Bahan A
100g butter pada suhu bilik ( hakak guna butter anchor)
100gram gula biasa ( hakak guna brown sugar organic)
90gram gula perang ( pun hakak guna brown sugar organic)
2biji Telur gred A

Bahan B
130gram semisweet choc bar ( hakak guna brand Beryls)
Potong kecik2 supaya cepat cair

Secubit nescafe ( kt umah ni ada plak tersesat nescafe stick mak hakak bawak balik dr hotel rasanya.muahaha)

Bahan C
100gram tepung gandum
40gram serbuk koko
(Ayak 2 ni letak tepi)
Secubit garam

Guna periuk yg tebal sikit utk haba yg sekata. Hakak guna kuali je

Cara2nya
Masak bahan A KECUALI TELUR atas api sederhana sampai butter cair dan agak likat. Kacau selalu utk elakkan gula jadi caramelize. Tutup api. Agak2 dlm 2-3minit lepas tutup api, masukkan telur. Kacau dgn whisk utk bg sekata

Masukkan bahan B sampai semua coklat mencair. Kalau lambat sangat cair, letak atas api jap. Haha. Tutup api balik

Masukkan bahan C kacau sekata. Marsha masukkan coklat cip dalam adunan.
Kemudian, boleh dh prepare loyang. Hakak guna loyang 7x7 bakar suhu 160darjah selama 25minit bergantung kepada oven masing2. (Marsha guna suhu yg sama cuma up lamakan sikit 5 minit jadi 30 minit)

Boleh tabur walnut ke almond ke choc chip ke kt atas utk menambahkan lg ksedapan.

Siap bakar, tggu sejuk dh boleh potong n ngap!


Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

5 comments:

  1. wah..lapar pula...menawan sungguh warna brownies tu..;)

    ReplyDelete
  2. rajin nya..JM tgk bahan2 pun dh rasa malas nk buat heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM resepi ni kira xbanyak dah...kalau biasa lg renyah...hihi

      Delete
  3. bila nak cuba buat tak tau.. salam perkenalan dr mama jue

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...