Loading...

Sunday, September 13, 2015

'UBAT' buat pokok

Alhamdulillah akhirnya siap gak.
Dah lama delay....resepi dah lama encik husben bagi...siap print..hihi
Akhirnya pagi ni baru lah siap...hihi
Masa buat sama-sama tu penting kan....hihi



Agak-agak tau tak ape ni??
Ni lah ORGANIC PESTICIDE.
Memandangkan pokok kat umah ni dah banyak yang sakit.
Ada yang diserang Aphids serangga menghisap.
Ada yang diserang ulat.
Sebab poko organik ni memang 'musuh' suka...hihi
Cara nak buat simple je.
Ni resepinya.............

Penyediaan Bahan Larutan Stok
>> 1 liter air
>> 1 sudu besar minyak masak / minyak sayur
>> 1 sudu besar sabun basuh
>> 4-6 ulas bawang putih

Langkah
>> Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air.
>> Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
>> Setelah dikacau, tapiskan.
>> Untuk penyemburan: campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.

** Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api masak (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk).
** Bagi serangan serangga jenis menghisap, campurkan beberapa titis essential oil atau halia.

Ok sebab tu botol nya dua....sebab buat untuk dua jenis serangan serangga.
Harap dapat membantu kawan-kawan juga



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...