Loading...

Wednesday, August 19, 2015

Resepi: Grilled Chicken Chop

Alhamdulillah...........akhirnya
Berjaya siapkan main course malam ni
GRILLED CHIKEN CHOP setelah google resepi sana sini.
Untuk GRILLED CHICKEN CHOP ni resepi nya dari LINAPG.
Cuma olah dari segi kuantiti sahaja.

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam yang di chopp dengan lesung batu (tu je yang ada..hihi)
1/4 kiub ayam (Marsha guna knorr)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Manis
2 ulas Bawang Putih (tunbuk kasar)
1 cm Halia (tumbuk kasar)
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Lada Hitam
Sediki Olive Oil

Cara-cara

1. Bersihkan ayam lap dengan kitchen towel
2. Cucuk sikit ayam dengan garfu supaya perapan meresap ke dalam daging ayam.
3. Lumurkan ayam dengan lada sulah, lada hitam dan kiub ayam.
4. Gaulkan dengan sos tiram dan kicap manis
5. Akhir skali gaulkan dengan bahan tumbuk.
6. Letakkan sedikit olive oil untuk elakkan ayam kering.
7. Perap semalaman.
8. Bakar daging atas pan separa masak.
9. Masukkan dalam oven sehingga masak (180 darjah, 20 minit)


Kalau chicken chop ni mesti ada kuah kan?
Marsha buat sos blackpepper olah dari resepi INI


Bahan-bahan Sos Blackpepper

3 ulas bawang putih (didadu)
1 biji bawan Holland (didadu)
1 sudu blackpepper biji (ditumbuk kasar)
250 ml susu Dutch Lady
3 sudu besar Demiglace Sauce
300 ml air
Sedikit minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang Holland dan blackpepper.
2. Bancuhkan 3 sudu besar Demiglace Sauce dengan 300 ml air
3. Masukkan dalam bahan tumis. Kacau sebati.
4. Masukkan susu dan kacau hingga tak berketul.

Okay dah siapppp...simple je.
Kentang marsha beli siap pastu goreng je...hihihi


Oh ya kalau korang nak tau rupa Demiglace Sauce tu ni dia...brand knorr

Ni marsha beli kat giant 1kg dlm rm20++ sikit.
Mmg xde yg kecik...hihihi
Selamat mencuba.


Marsha
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016





5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...