Saturday, September 27, 2014

Facial Di Rumah Yang JIMAT

Assalamualaikum..salam wiken buat semua.
Semangat nih.
Semalam buat FACIAL kat umah.
Wah lepas facial tu terus rasa kulit lembut je.
Kulit-kulit mati dah disingkirkan.
Nak tau RESEPI dan CARA FACIAL boleh JENGUK SINI.
Selamat mencuba!!



Thursday, September 25, 2014

Liebster Award

Alhamdulillah baru berkesempatan untuk langsaikan 'hutang' Liebster Award dari Cikgu Faiz. Liebster award ni ala-ala award berantai untuk sesi perkenalan antara blogger.



Syarat2 yang perlu dipatuhi jika tercalon dalam Liebster Award ni alah:


  1. Senaraikan nama dan URL akan yang dicalonkan dalam Liebster Award ni.
  2. Jawab 11 soalan yang diajukan.
  3. Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
  4. Cipta 11 soalan anda sendiri & mereka yang tercalon wajib menjawab soalan yang diajukan.
  5. Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan itu.

Sekarang time untuk jawab semua 11 soalan yang diajukan.


  1. Kenapa korang suka berblog? - |Marsha suka berblog sebab anggap blog ni sebagai diari Marsha. Marsha suka sharing kegembiraan dengan kawan2.
  2. Macamana korang boleh terjebak dengan dunia blog? - |Marsha mula terjebak dengan dunia blog ni pada 2009. Masa tu masih belum kerja jadi decide nak sharing tentang cloth diapers.
  3. Tempat menarik yang pernah korang sampai.| Sebenarnya banyak tempat menarik yang Marsha dah sampai. Tak kira dalam negara atau luar negara semuanya best dan menarik.
  4. Apa haiwan kesayangan korang.-| Kucing. Tapi Marsha tak bela kucing sebab selalu travel.
  5. Bila stress apa yang korang selalu buat?-| Biasa akan keluar jalan-jalan atau tido...hahaha.
  6. Korang pakai handphone jenama apa? Apa yang menarik tentang handphone itu?-| Sekarang ni pakai samsung Note 2. Menarik tentang handphone ni ialah ia senang bantu Marsha dalam bisnes. Alhamdulillah dan ia hadiah dari hubby.
  7. Suka masak apa? - |Nasi Ayam
  8. Kenangan pahit yang korang pernah alami. - | Masa keguguran anak yang kedua. Sangat pahit rasanya.
  9. Suka selfie? Kenapa? - |Suka selfie dengan anak dan hubby je sbb dengan selfie kitorang boleh buat aktiviti bersama.
  10. Filem yang paling best pernah korang tonton? Kenapa? -|Filem2 kanak2 dan fiksyen. Suka sound effect dia..hahaha
  11. Apa yang korang suka tentang blog cikgu faiz? -| Blog Cikgu Faiz banyak info menarik dan cantik.
 Tiba masa Marsha TAG 11 orang kawan2 blogger...ni dia..
  1. http://ummi-ieraakmal.blogspot.com
  2. http://bidadarigojes.blogspot.com
  3. http://www.schanazri.com/
  4. http://missyati.com/
  5. http://nenektanjung.blogspot.com
  6. http://syahirbasharuddin.blogspot.com/
  7. http://syazdanny2329.blogspot.com/
  8. http://nazaraman.blogspot.com
  9. http://rosmizaali.blogspot.com
  10. http://lissadblog.blogspot.com/
  11. http://aienzunnur.blogspot.com/
Ok ni pula soalan dari Marsha:

  1. Apa nama blog korang? Nama tu ambil sempena apa?
  2. Kenapa korang suka berblog?
  3. Apa yang mesti korang ceritakan dalam blog korang?
  4. Sejak bila korang mula berblog?
  5. Makanan kegemaran korang?
  6. Bila time korang ber blog?
  7. Korang updated blog guna hp atau laptop? Kenapa?
  8. Korang suka travel tak? Tempat mana yang paling best dalam kenangan korang?
  9. Korang suka hiking?
  10. Apa yang ada dalam wallet, purse korang?
  11. Adakah korang suka saya?? Oh catchy ayat..hihi
Ok kawan2 semua yang di TAG tahniah yer.
Nak buat 2 lagi award Liebster ni...hihi

Monday, September 22, 2014

Menggapai Bintang #3

Shaklee...bukan hanya semata produk.
Bukan semata nak jual aje.
Dengan asbab Shaklee ikatan ukhwah kami bertambah erat.
Sebenarnya Marsha tak pernah cerita lagi bestnya buat Shaklee selain dari produk, bonus dll.
Ada lagi selain semua tu. Salah satunya ialah group support.
Semalam adalah sesi coaching offline yang daku dan sideline shaklee bergabung bersama 'mak shaklee' kami Master Nur izzati. Setiap dari 'anak cucu shaklee' kami hadir bersama-sama untuk isi ilmu didada dan juga nak ambil aura master. Alhamdulillah 2 orang anak hadir semalam.
Marsha naik KL dari Ipoh semata-mata untuk kelas ni. Memang berbaloi. Tq buat encik suami yang sudi layan wife dia ni temankan ke KL. Oh ya klas coaching offline ini diadakan di HQ Shaklee yang baru di bangunan Pinnacle Sunway di Tingkat 9. Hq yang sangat selesa dan besar.
Tentatif klas ialah:

- Sesi Memperkenalkan diri
- Esell
- Cara dapat bonus ( Kiraan bonus dll)
- Tips Pelaris
- Kuasai pemasaran facebook
- Sharing


 *Bersama anak shaklee yang join klas*



Marsha pun sharing semalam serba sedikit. Tq mommy bagi peluang. Alhamdulillah.
Klas kami diakhiri dengan nyayian lagu 'baik-baik sayang' dari wali band. Terharu sebab bait2 ayat tu sangat touching. InsyaAllah akan buat di ipoh pula. Doakan ia dipermudahkan Allah...amin.




Sebelum nyanyian lagu wali band tu ada cabutan bertuah dari Master Izzati. 
Apa marsha dapat??
Taraaaa....stok 6 bulan tu....hihi

Ni la 'mak shaklee' Marsha. Income dia dah 5 angka tau. Sangat humble orangnya. Marsha tengah folo rapat2...hihi


Kalau kawan2 berminat nak tau lebih lanjut tentang produk shaklee boleh ke GOBOK SUPPLEMEN marsha ni. InsyaAllah marsha akan consult yang TERBAIK untuk semua.

Jungle Trekking & Rafting di Tasik Banding

Serius pengalaman yang tak boleh diganti.
Dalam Malaysia pun ada aktiviti BEST tau.
Tak perlu tunggu ke luar negara....hihi.
Asalnya suami ada send satu offer...siap cabar tanya ada berani tak?
Okeh so ku sahut...hihi
Maka bermula la aktiviti kami bertiga...ha..tak pasal2 Anith kena involve skali...hik hik.
Offer ni dari Lakeside Inn Tasik Banding, Gerik, Perak.
Harga asal RM450 semalam untuk bilik mengadap tasik, bfast untuk 2 orang, Jungle trekking untuk 2 orang dan rafting untuk 2 orang jadi RM250. Okla kan.
Sampai dalam hampir menginjak jam 2.30 petang.
Check in dan set jam 3 petang untuk jungle trekking.
Dapat bilik mengadap tasik yang ada beranda lagi.


*Bilik mengadap tasik...bestt*

Dah lama tinggal ni aktiviti ni semenjak kawen.
Dulu sbb memang budak forest mmg biasa.
Sekarang dah KURANG biasa...hahaha.
Selama 45 minit duration naik turun.
Naik tu ok lagi turun mak ai curam....banyak kali gak terduduk. Kan kurang biasa...hihi.
Tengah2 trekking jumpa tapak2 gajah yang baru.
Adoi seriau pun ada tapi tahan je la sambil berdoa moga trekking kami dipermudahkan.
Alhamdulillah dapat tamatkan dengan jaya...bersama anak gadisku....semangat betul dia.


Lepas tu jam 4 kami terus jalankan aktiviti water rafting.
Ingat ke rakit tu MODEN.
Sekali rakit buluh...adoiii....dah rasa takut.
Takut apa?? Macam2....takut apa yang ada dalam tasik. Takut terbalik (dalam 280 kaki).
Dah la den tak pandai swimming...suami pandai...alhamdulillah.
Sebenarnya den fobia air...huwaaaa!!!
Tapi kuatkan semangat sebab ada suami.
Gadisku hanya naik bot walaupun dorg kata xpe naik.
Sayang anak ooo....bukan senang nak dapat sorang pun.
Alhamdulillah dapat habiskan jugal 1 jam.
Rasa seronok juga walaupun takut.
Tangan ngan mulut lenguh...mulut lenguh sebab membebel kat suami...haha. Penakut kan wife dia ni...ampun.
Alhamdulillah rasa seronok walaupun takut.

Release stress sebab menghayati keindahan yang Allah cipta ni.
Kalau kawan2 ada yang berminat aktiviti lasak boleh datang sini.
Sanngat besttt....walaupun penakut...haha.
Malam tu lepas dinner kita semua tido awal..penat..hihi
Esoknya tengahari kami check out.
Pengalaman yang amat berharga.
Lepas ni tak tau bila lagi nak naik rakit tu...hahaha


Kembara Turki Day 9 - Day 10 (Istanbul-Malaysia)

Alhamdulillah akhirnya sampai ke entri terakhir jelajah Uthmaniyyah kami.
Rasa rindu menggamit....bila lagi nak datang sini.
Flight kami jam 3 petang waktu turki dan insyaAllah akan tiba jam 7 pagi waktu Malaysia.
Ok sebelum kami ke airport...sempat lagi kami jalan2.
Lepas breakfast kami jalan kaki dari hotel ke mini arturk sebuah tempat yang banyak replika bangunan bersejarah macam ala2 kat terengganu tu. Ala lupa nama...huhu.
Kat sini kami tengok bangunan2 kawasan yang belum kami cover.
Turki ni besaq orang kedah kata...hihi.
Jom layan gambar kat mini arturk ni.
Maaf pic pusing2...huhu

























Kami pusing kat sini dalam dekat 2 jam jugak la.
Jam 11 nak checkout.
Jadi kul 10 kami keluar balik ke hotel untuk checkout.
Oh ya masuk mini arturk ni ada bayaran 10 lira seorang.
Tapi yang bestnya souvenir kat sini lagi murah dan berbaloi dari tepi2 jalan.
Apa lagi habiskan USD...hahaha.
Untuk famili dan kwn2 kat Malaysia.
Tepat jam 3 petang kami depart dan selamat sampai di bumi Malaysia jam 7 pagi..alhamdulillah.
Itulah serba sedikit....sedikit ke ye??? hahaha
Pengalaman kami dibumi Turki ini.
Plan nt nak terjah lagi pergi kawasan yang belum cover lagi.
Moga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki.
Next travel next year...sekarang ni cukup sekali setahun dulu.
Ada rezeki lebih insyaAllah up lagi...hihi.

Friday, September 19, 2014

Kembara Turki Day 8 ( Istanbul Full Day)

Maaf buat yang tengah ternantikan entry ni.
Entry ter STOP jap akibat dari rest yang lama.
Maaf sebab buat semua tertunggu lama.
Kena EAT FROG...lawan...hihi

Ok jom sambung memori uthmaniyyah ni..hihi
Hari ke 8 kami menjelajah Istanbul full day.
Pagi kami lepas brekfast bermula dengan ke Mosque of the Ayyob Al Ansar.
Memang indah masjid ni....jom tgk pic






* Tandatangan yang di initial khas oleh pelancong*
*kawasan khas*


Usai melawat dan solat sunat kami dibawa ke kilang baju kulit.
Masa sampai mula2 kami dihidangkan dengan Apple Tea sambil tengok model2 memperagakan kot2 kulit mereka....memang memukau kot dorang. Terbeli la jugak 3 helai...sebab memikirkan nanti nak travel winter just pakai yg tu je..jadi less packing....hihi.


Dah selesai urusan jual beli kami ke salah satu tempat yang memang cantik.
Kalau dengar dari sejarah dulu...mulanya berasal dari church lepas tu masa pemerintahan Uthmaniyyah ia dijadikan masjid dan sekarang dijadikan muzium. Itu la bagunan yg indah dikenali sebagai Hagia Sophia Museum. memang cantik....i love it!!















Dah setel...kami dibawa makan tengahari dan seterusnya kami dibawa ke tempat shopping lagi.
Nak tau kat mana?
Namanya Grand Cover Bazaar atau senang panggila je Grand bazzaar.
Jadi kami beli apa yang patut je....untuk souvenir seperti apple tea, pashmina, beg kecik2, sejadah dan turkish delight. Lepas shopping kami drop by untuk dinner.
Kemudian kami balik ke hotel...awal balik sebab esok dah nak balik Malaysia.
Tapi malam tu ada kawan2 yang nak ke Taksin City nak ke Hard Rock Cafe.
Kami tak ikut..nak rest dan nak menghayati malam2 terakhir di bumi Uthmaniyyah ni.
Ok sambung untuk last entri di Tuki..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...