Teater : KADUK

Assalamualaikum....alhamdulillah jam 6 petang td selamat sampai ke bumi Segamat.
1st time sampai...dengan dugaan yang dihadapi alhamdulillah Allah permudahkan.
Syukur alhamdulillah.

Malam ni nak share 1 entry 'HUTANG' tentang review satu Teater yang daku tengok 2 minggu selepas tengok Teater SEDAR.
Bezanya Teater malam ni ialah Teater Muzikal.
Tajuknya sahaja kita dah tau ia mengenai sejarah negeri PERAK.

Sedikit cerita tentang Teater ni
' KADUK seorang berketurunan Raja sangat suka berlaga ayam dan dia dibuang negeri kerana gadaikan harta. Kemudian dia merantau hinggalah ke satu kampung yang bernama Lambor Kiri. Dia bermastautin disana dan berkahwin. Kaduk sangat rajin dan berazam tidak mahu berlaga ayam lagi. Pada suatu malam, ada seekor ular tinggalkan sebiji telur di dean rumah Kaduk. Kaduk bela telur tersebut hingga menetas seekor anak ayam dan seterusnya jadi ayam laga yang gagah. Bermula lah kegilaan Kaduk dengan aktiviti melaga ayam hinggalah dia ter gadaikan harta serta isterinya kepada Raja di negeri tersebut. Disaat bersedih dengan malang yang menimpanya dia bertemu seekor ikan Tapah yang dalam perut mengandungi banyak emas. Kaduk gunakan emas itu untuk tebus balik isterinya dan juga hartanya. Kemudian Kaduk tidak lagi melaga ayam. Dia sudah insaf dan hidup bahagia disamping isterinya'

Haa.....gitulah sinopsisnya
Jom layan gambar....








0 Comments

Subscribe Us