Loading...

Saturday, November 29, 2014

Angry Bird Park Komtar JB

Assalamualaikum...sekarang ni dah berada di Key Ell....kih kih....mcm poyo je kan?
Saje je folo ayat2 generasi Y...hihi.
Sebenarnya arini nak share tentang 1 park yg kami g semalam iaitu Angry Bird Park.
Lokasinya di Komtar, JB sebelah City Square. Tiket masuk ' boleh tahan' jugak. Dengan mykad/mykid serorang RM60. Tapi semalam kami bli family pass (2 adult, 2 children) = RM180. Kira lebih 1 tiket. Kalau bli satu2 sama jugak jd bli family pass. Tiket dia


Jadual dia....

Isnin - Khamis (1 hari)
Jumaat - Ahad ada 3 sesi
Sesi 1: 10pg - 1 tengahari
Sesi 2 : 2 ptg - 5 ptg
Sesi 3 : 6ptg - 10 malam

Tp kalau keluar dan tak buang wristband boleh masuk lagi untuk sesi seterusnya. Gap 1 jam utk cleaning dan pekerja rest.
Jadi sebab masa tu sampai kul 1 jadi kami masuk sesi ke 2. Banyak jugak permainan dan bestnya semua boleh join satu family. Jadi mmg family time...hihi. Jom layan gambar








Antara pic yang sempat di snap.
Biasalah budak2 bila dapat tempat main tak nak bergambar dah. Kitorg masuk ngam2 3 jam. Puas hati. Buat yg suka permainan boleh dtg sini tapi main betul2. Sayang tu tiket mahal jugak tu...hihi
Haaa....ingat lagi tak 1 tiket lebih tu?
Masa kuar daku bg kat 1 family ni...ada 4 org. Anak yg kecik free. Jadi kalau dia bli 3 tiket jatuh mahal kan. Tp dorg nak bli jgk dr daku...jadi amik separuh. Dalam masa yg sama kami sama2 jimat (win win situation). Alhamdulillah xde la tiket tu terbiar gtu je.

Ok jumpa lagiiiii.
Hari ni nak g MAHA kat Maeps.
Nt daku share k...see yaa!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...