Loading...

Monday, September 22, 2014

Jungle Trekking & Rafting di Tasik Banding

Serius pengalaman yang tak boleh diganti.
Dalam Malaysia pun ada aktiviti BEST tau.
Tak perlu tunggu ke luar negara....hihi.
Asalnya suami ada send satu offer...siap cabar tanya ada berani tak?
Okeh so ku sahut...hihi
Maka bermula la aktiviti kami bertiga...ha..tak pasal2 Anith kena involve skali...hik hik.
Offer ni dari Lakeside Inn Tasik Banding, Gerik, Perak.
Harga asal RM450 semalam untuk bilik mengadap tasik, bfast untuk 2 orang, Jungle trekking untuk 2 orang dan rafting untuk 2 orang jadi RM250. Okla kan.
Sampai dalam hampir menginjak jam 2.30 petang.
Check in dan set jam 3 petang untuk jungle trekking.
Dapat bilik mengadap tasik yang ada beranda lagi.


*Bilik mengadap tasik...bestt*

Dah lama tinggal ni aktiviti ni semenjak kawen.
Dulu sbb memang budak forest mmg biasa.
Sekarang dah KURANG biasa...hahaha.
Selama 45 minit duration naik turun.
Naik tu ok lagi turun mak ai curam....banyak kali gak terduduk. Kan kurang biasa...hihi.
Tengah2 trekking jumpa tapak2 gajah yang baru.
Adoi seriau pun ada tapi tahan je la sambil berdoa moga trekking kami dipermudahkan.
Alhamdulillah dapat tamatkan dengan jaya...bersama anak gadisku....semangat betul dia.


Lepas tu jam 4 kami terus jalankan aktiviti water rafting.
Ingat ke rakit tu MODEN.
Sekali rakit buluh...adoiii....dah rasa takut.
Takut apa?? Macam2....takut apa yang ada dalam tasik. Takut terbalik (dalam 280 kaki).
Dah la den tak pandai swimming...suami pandai...alhamdulillah.
Sebenarnya den fobia air...huwaaaa!!!
Tapi kuatkan semangat sebab ada suami.
Gadisku hanya naik bot walaupun dorg kata xpe naik.
Sayang anak ooo....bukan senang nak dapat sorang pun.
Alhamdulillah dapat habiskan jugal 1 jam.
Rasa seronok juga walaupun takut.
Tangan ngan mulut lenguh...mulut lenguh sebab membebel kat suami...haha. Penakut kan wife dia ni...ampun.
Alhamdulillah rasa seronok walaupun takut.

Release stress sebab menghayati keindahan yang Allah cipta ni.
Kalau kawan2 ada yang berminat aktiviti lasak boleh datang sini.
Sanngat besttt....walaupun penakut...haha.
Malam tu lepas dinner kita semua tido awal..penat..hihi
Esoknya tengahari kami check out.
Pengalaman yang amat berharga.
Lepas ni tak tau bila lagi nak naik rakit tu...hahaha


2 comments:

  1. Alhamdullilah. Semuanya selamat. Tapi, pengalaman dia best kan kak? Even penat gila. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tengah kayuh tu tak rasa penat pun tangan sebab rasa takut mengatasi segalanya...haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...