HZ Baby Village Contest


Assalamualaikum.....malam ni ibu nak lepas gian.....gian masuk GA...hehehe.
So..ibu nak cube nasib malam ni.
Mana tau rezeki Anith kan??....Amin.
Kali ni ibu join HZ Baby Village Contest yang dianjurkan oleh Mami Hadeef.
Syarat-syarat dan penyertaaan serta hadiah boleh rujuk DISINI ye...^_^
Ibu join kategori A....iaitu ibu yang dah ber'CD'...^_^
Mami Hadeef....Ibu dah follow blog HZ Baby Village & letak banner dah....^_^
Gambar? Wajib...hehe. Yup ini gambar Anith ber'CD'


Ok...so kita pegi ke pengalaman ibu men'CD'kan Anith....^_^.
" Cloth Diapers @ CD adalah satu lampin moden berasaskan kain. Ianya boleh dibasuh selepas dipakai dan juga menjimatkan. Ibu mula men'CD'kan Anith masa Anith umur 8 bulan. Masa tu ibu baru didedahkan dengan CD ni melalui blog-blog yang ibu lawati. Apabila melihat review2 yang bagus ibu teruskan langkah ke blogshop yang menjual CD dan bertanyakan semua tentang CD ini. Selepas mendapat info yang mendalam, ibu suarakan hasrat ibu utk men'CD'kan Anith tp encek suami pada mulanya kurang bersetuju memandangkan masa tu harga CD agak mahal. Skrg harga CD dah murah sikit...^_^. Setelah beberapa kali memujuk, akhirnya encek hubby bersetuju dan ibu hanya beli 5 kpg CD Coolababy utk permulaan kembara CD Anith dengan Kaklong Nuzula. Pada mulanya amat mencabar sebab CD yang dipakai walaupun dah pre-wash 3 kali, 5 minit pakai dah bocor....amat mencabar sgt. Dengan bantuan owner blogshop CD yang ibu beli dan skrg jd kwn ibu, Kaklong Nuzula....ibu mendapat info yang betul dan rupanya insert ibu masukkan berlipat. Sebab tu bocor....hehehe. Selepas tu tiada lg CD bocor kecuali dah lebih had masa dia sebab Anith jenis HEAVY WETTER. Ada jugak kdg2 terbabas sebab lama pakai....tp semua tu cabaran bg ibu...^_^. Kalau Anith poo pun senang je nak uruskan sebab stain senang sgt ilang. Lg satu dengan memakai CD ni ibu dapat tgk poo Anith dan bleh detect samada Anith sihat @ x? Memang ibu dah jatuh cinta dgn CD ni..bukan ibu saje...encek hubby pun...dlm masa yang sama bleh jimat & elakkan Anith dari DIOXIN yang ada pada Disposable Diapers. Kemudian, dari masa ke semasa ibu menambah CD dan mencuba CD dari inner & insert mikrofiber, inner suede & insert mikrofiber dan juga bamboo. Dari Cd yang dijahit di kilang ke CD handmade dari Malaysia dan juga luar negara. Ibu sanggup melabur demi anak kesayangan. Lgpun nt bila Anith dah Potty....Cd ni boleh diwarisi kat adik2 Anith nt...xrugi kan??..hehehe. Sekarang ibu tau material CD jenis ape yang sesuai dengan Anith....alhamdulillah...=). Dulu ibu hanya ada pocket CD. Tp sekarang ibu dah mencuba sistem AI2 dan Diaper Cover. Tengah plan nak try Extended Prefold plak nt...insyaallah..=). Pada kwn2...jom kita memilih ke arah GREEN LIVING...amat natural dan best!!"

Ibu nak Tag:


Jom kwn2 kita ramai2 join GA ni...^_^
Tarikh tutup??

4 JULAI 2011 Jam 3.20 PM

Lama lagi...jom2.....^_^



2 Comments

  1. salam.. saye dah teliti entri ni.. semua syarat dah buat.. so, entri disahkan layak dipertandingkan.. mekasih kerana join.. salam perkenalan ye!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us