Loading...

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU (16 Mei 2010)


# Gambar pinjam en google..hehe


16 Mei....
Adalah hari yang bermakna buat insan yang bergelar GURU.

GURU ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi org lain.
Sempena hari yang bersejarah ini, ibu ingin mengucapkan...
SELAMAT HARI GURU buat Ayahanda, Shaidan bin Che Man yang dulu ibu pernah belajar dengan ayahanda ibu sendiri masa sekolah rendah. Dirumah, abah telah mendidik ibu hingga lah ibu ke peringkat sarjana skrg.
Buat guru2 ibu masa di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 & Sekolah Menengah Zainab 1.
Buat pensyarah2 ibu masa ibu study kat UPM juga SELAMAT HARI GURU....skrg pun study lg..hehehe.
Tidak lupa juga buat kwn2 ibu yang bertitle GURU xkira dimana anda berada. Moga kwn2 sentiasa success & sentiasa dilindungi-NYA...amin.
Lagu istimewa ini telah di tujukan tiap2 tahun buat GURU2...Ibu tujukan lagu ini buat GURU2 di Malaysia xkira dimana anda berada...:)

Buat kalian semua..................terimalah...


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...